Cik Ti berpantun plak dah


Tidak pasti dengan perasaan sendiri
Membuatkan aku bertanya sendiri
Begitu sukar memahami diri
Membuatkan aku menyalahkan diri

Ingin sekali menyepikan diri
Cuba lari dari masalah sendiri
Namun ada yang memerhatikan diri
Begitu sukar untuk melepaskan diri

Tatkala rasa mahu bersendiri
Ada yang cuba merapati diri
Aku bersyukur aku tidak bersendiri
Masih ada yang menawarkan diri

Tangan dihulur senyuman diberi
Bantuan ikhlas sangat dihargai
Terima kasih penghargaan diberi
Kerana bersamaku setiap hari

Comments