Sejuk Beku

Assalamualaikum!!


Cuaca malam nie memang sejuk, macam duduk kat Cameron Highlands pun ada. Dah lama rasanya bumi kat IPG ni tak kena timpa ngan hujan. Bila panas, panas la sangat-sangat. Time hujan, sejuk la plak rasanya.

Kalau dapat minum chocholate panas kan best? Hmmm.. Sedapnya. Badan pun dah kena cover ngan selimut, kaki plak siap pakai stoking lagi. Heheheee.. Aku nie memang spesies yang tak tahan sejuk. Even kalau duduk dalam lecture hall yang air-cond nye tak berapa nak sejuk pun, aku boleh menggigil..

Exam plak just around the corner. First paper is on Monday that is Lang. Description. Nak study, rasanya otak ni dah tak boleh nak terima. Kalau mengadap buku pun, confirm terlentok la jawabnya.

Hmmm.. Bosan2.. Time orang lain sibuk nak exam, aku ngan roommate aku plak sibuk cari movie. Mula la tanya ngan jiran sebelah, koleksi movie yang terbaru. Dah macam kedai sewa movie plak, mesti ada punye yang tanya dia. Hahaaa.. Bagus2. Tak la kitaorang ni bosan sangat.

Last-last, kitaorang pilih movie Santau. Bermula la adengan sedut menyedut movie dari laptop ke laptop. Fuyoooo!!! Malam-malam tengok movie hantu, tak takut ke?? Hishyyy!! Mana takut!!
Mana tak nya, sepanjang movie tu berlangsung, mata nie asyik tutup ngan bantal je.. Nak nampak hantu macam mana? Aku dah boleh bajet dah time bila hantu2 nie akan muncul. Sebab tu la, tangan aku sentiasa bersedia ngan bantal. Roommate aku?? Dua kali lima je.. Hehehee.. Sama-sama penakut.

Tapi apa yang boleh aku katakan kat sini, perbuatan santau-menyantau nie memang teruk la. Masih ada lagi manusia yang hasad dengki ngan orang lain, guna ilmu hitam, semata-mata tak puas hati ngan orang tu dan saje2 nak tengok orang tu sengsara. Hishyyy!! Memang jenis manusia yang tak berhati perut la.

So, nak mengelakkan diri dari menjadi mangsa ilmu hitam, sentiasa la dekat-dekatkan diri dengan Allah kerana Allah itu Maha Kuasa.

Comments