Maaf. Hanya itu yang mampu aku ucapkan

Apabila kita mula melakukan kesalahan,
Hati mula merasa resah
Risau kalau2 kesalahan itu menyebabkan ada pihak yang terluka
Dan kadang2 tanpa kita sedari, ada hati yang terguris
Walaupun mereka cuba untuk menyembunyikannya,
Namun, naluri hati kita tetap mengatakan ada sesuatu yang tersembunyi
Dan jalan yang terbaik untuk mendamaikan hati kedua-dua pihak hanyalah dengan ungkapan
MAAF
MAAF kerana aku telah melakukan kesalahan
MAAF kerana aku bertindak cuai
MAAF kerana tanpa aku sedari, aku telah melukakan kamu semua
dan MAAF kerana tidak mengucapkannya terlebih dahulu
Mungkin bagi sesetengah orang, ungkapan ini sangat senang untuk disebut
Tetapi, adakah ungkapan tersebut benar2 lahir dari hati yang tulus ikhlas?
Bukan bermaksud untuk mempertikaikannya
NAmun, jauh disudut hati
Terdetik sedikit perasaan ingin tahu
Dan hanya Dia sahaja yang mengetahui samada kita benar2 ikhlas meminta maaf
Dan diharapkan dengan permohonan maaf tersebut, ada pihak yang sudi menerimanya
Dan aku amat2 berterima kasih kepada mereka yang sudi memaafkan aku.

Comments