Aku sedar bukan mudah untuk menggapai bintang di langit
Namun, aku cuba untuk mencapainya
Namun, apa kan daya, jarak telah menjadi penghalang
Aku cuba untuk menafikannya
Namun, itulah hakikat yang aku harus terima
Kenapa aku cuba untuk menggapai sesuatu yang mustahil?
Kerana aku sukakan cabaran
Kerana bagi aku, ia satu kepuasan
Ia mengajar aku untuk lebih optimistik
Lebih open-minded
Lebih bersikap positif
Walaupun, kadang-kala, ia mematahkan semangat aku
Membuatkan aku hilang arah
Membuatkan aku hilang sabar
Namun, aku cuba bertahan
Dengan harapan, pengorbanan dan usaha aku akan mendatangkan hasil
Comments
Post a Comment