Suka duka hujan

Dah lama tak hujan
Seronok plak bila hujan
Sebab cuaca kat sini terlampau panas
Rasa macam nak main hujan pun ada
Excited sebab lama dah tak hujan
Ingat zaman kecik2 dulu
Kalau hujan, mesti nak main hujan
Rela basah kuyup kena hujan
Rela demam lepas main hujan
Rela kena marah sebab main hujan
Sume tu aku tak peduli
Asalkan aku dapat main hujan
Ye la.. Zaman budak2 yang memang nakal
Mak aku selalu je membebel agar jangan main hujan
Aku nie plak jenis yang degil
Tak dengar cakap mak
Last2 aku kena demam panas yang agak teruk
Demam aku tak kebah2 until la 1 week after that
Mak aku la orang yang paling risau
Mulut dia tak berhenti-henti membebel kat aku
Punya la marah sebab aku tak dengar nasihat diye
n diye terpaksa bersengkang mata nak jaga aku
Adui!!! Bila kenang balik, teruk jugak perangai aku masa kecik
Nasib baik la mak aku jenis yang tahan sabar ngan aku
Setakat mulut je laju macam mesin buat popcorn
Tapi, diye tak pernah pun pukul
Bukan la aku mintak sangat2 pun nak kena pukul
Ingat best ke?
Sakit tau!!!
Sampai sekarang pun, mak aku slalu je pesan
"Kalau nak kluar pegi mana2, bawak payung"
Tu memang tagline diye
Tapi slalunya, aku tak dengar
Aku hanya bawak kalau tengok langit gelap
Tu tanda2nya hujan nak turun
Tapi, tak semestinya hujan akan turun kan?
Even hari yang panas terik pun, hujan bly turun
Time tu, baru la menyesal sebab tak bawak payung
Baru la ingat pepatah Melayu
"Sediakan payung sebelum hujan"
Tapi dah terlambat,
sebab
Hujan dah turun, baru nak beli payung




Comments