Jangan pisahkan kami!


Assalamualaikum!!!

Hari ni aku ada something interesting yang aku nak share kat korang sume. Bagi aku, citer ni memang penting ntuk dijadikan pengajaran kat kite sume. Pagi ni, aku dalam perjalanan pulang ke rumah sewa kami di Chendering setelah bercuti kira-kira hampir 1 minggu kat kampung. On the way balik, hujan lebat mencurah-mencurah sampaikan ayah aku terpaksa bawa kereta in slow speed je. Nak bawak laju-laju, takut kereta pulak yang melayang coz jalan licin. Tu yang careful bila drive tu.

Nak dijadikan citer, kami pun buka la radio THR (salah satu stesen rad

io popular di pantai timur) coz suasana yang agak dingin dan semua orang diam membisu je. Tengah-tengah syok dengar lagu, DJ radio ni terima satu panggilan dari pendengarnya yang setia share tentang massalah yang dihadapinya. Lebih kurang macam buat luahan perasaan la.

Kisahnya macam ni, pemanggil tu seorang perempuan yang sudah bersuami tetapi menjadi isteri yang kedua. (Meaning tu say, dimadukan). Sebulan yang lepas, dia telah melahirkan seorang bayi perempuan. Memang berita ni sangat ditunggu-tunggu oleh sang suami dan isteri pertamanya. Kenapa pulak diorang seronok ek? Ini disebabkan si isteri pertama teringin sangat-sangat untuk memiliki seorang anak perempuan, tetapi rezekinya belum tiba lagi. Bila dia dapat tahu yang madunya dah mengandung dan anak dalam kandungannya ialah anak perempuan, dia jadi

excited. Jadi dia pun pujuk la si suami untuk memelihara dan membesarkan anak madunya itu.

At first, aku pun pikir la jugak, betapa baik dan murniya hati si isteri pertama ni. Yalah, nak membesarkan anak madu sendiri. Mana nak cari madu yang begitu baik?. Tapi lepas tu, aku difahamkan sebaik je si isteri kedua tu selamat lahirkan bayinya, terus je si isteri pertama pujuk si suami ntuk ambik bayi tersebut untuk dijaga dan dibesarkannya. Sayang punya pasal ngan si isteri pertama, si suami pun mintak la kebenaran ngan isterinya yang kedua untuk ambik bayi tu n terus bagi kepada isteri pertamanya. Tapi isteri kedua tak izinkan. Yalah, penat-penat dia lahirkan anak tu, tapi nak bagi kat isteri pertama. Dia nak membesarkan dan menyusukan anaknya sendiri untuk beberapa bulan selepas kelahiran bayi tu.

Tapi, lain pula jadinya bila si suami ugut untuk menceraikan isteri keduanya jika dia tidak serahkan bayi tu kepada isteri pertama. Apa hal nak pisahkan anak ngan ibu? Bila si isteri dengar je perkataan cerai, terus dia menangis teresak-esak. Disebabkan sayang pada si suami, dia terpaksa merelakan perpisahan dengan anak yang baru dilahirkannya. Hingga sekarang, anaknya masih lagi di bawah jagaan si isteri pertama dan pemanggil ni tersangat la sedih dan kecewa dengan sikap suami dan madunya. Dia merayu agar si suaminya mengembalikan anaknya dan mengerti akan perasaannya yang terseksa akibat daripada perbuatannya itu.

Bila aku dengar je cerita ni, aku terus terdiam. Masih ada lagi manusia yang bersikap kejam kerana sanggup memisahkan hubungan antara ibu dan anak. Walaupun aku masih belum berkahwin dan belum punya anak, tapi aku boleh rasa macam mana sakit dan peritnya bila terpaksa berpisah dengan anak sendiri. Hmmmm.. Dalam hal ni, siapa yang bersalah?? Si suami atau si isteri pertama?? Pikir-pikirkan la..


**********


Izati Zain:- Tak sanggup nak berpisah lagi ngan parents bile cuti sem dah berakhir akhir bulan 12 nie. Meaning to say, I have to go back to Perlis next year!!! Hmmmm… I’m gonna miss them..


Me and my lovely mom

Comments