Assalamualaikum!!
Korang mesti dah tahu kan pasal tragedi banjir yang melanda Perlis dan Kedah? Tu pun kalau korang ada baca surat khabar @ tengok berita la kan. Manalah tahu kot2 ada yang tak tahu pasal kejadian ni.. Nampak sangat la korang ni tak up to date ngan perkembangan semasa.. Hmmm.. Agak teruk jugalah di beberapa kawasan di Perlis. Sebagai contoh, kat Arau ngan Kangar.. Tak terkecuali ngan tempat aku belajar, kat IPG nie.. Terkena juga tempias banjir.. Apa nak buat, hujan lebat selama beberapa hari dah pun menenggelamkan kebanyakan kawasan yang rendah kat area kampus aku nie.
Parents aku pun dah banyak kali call, mana tak nya, mesti lah risau. Kat berita, bukan main gempak lagi cerita pasal banjir, tu yang asyik2 call tu. Sayang punya pasal la katakan. Tiap kali call, soalan basic yang akan ditanya:-
1) Masih hujan lagi ke?
2) Teruk tak banjir kat tempat tu?
3) Cukup ke duit nak belanja?
4) Pesan supaya jangan main hujan, kot2 demam. Dah la sekarang nie demam exam.
Tapi, hari nie, aku tak nak jadi reporter yang melaporkan kejadian banjir kat IPG, tapi aku nak share pengalaman aku menjadi mangsa banjir.. Waakakaaa.. Kelakar pulak rasanya. Tak pernah dalam seumur hidup aku menjadi mangsa banjir, walaupun aku berasal dari negeri pantai timur iaitu Terengganu. Memang dah terbiasa sangat la dengar istilah banjir atau bah nie. Kalau tak berlaku banjir kat kampung aku, tak sah. tapi so far, banjir yang berlaku tu tak la di tahap yang serious sampai terputus bekalan makanan dan hubungan luar.
Tapi, ni merupakan pengalaman pertama aku menjalani kehidupan sebagai mangsa banjir. Memang agak teruk la keadaan sampaikan makanan pun terpaksa dicatu. Memang dah macam hidup di tengah-tengah pulau, terasing gitu.. Huhuuhuu.. Sedih-sedih.. Pintu masuk kampus ni la yang paling terjejas teruk, sampai air kat paras lutut. Tu pun, kitaorang terpaksa dapatkan bantuan dari pihak JPA untuk mengangkut pelajar2 yang nak pulang ke kampung. Kesian, terpaksa guna trak dan lori yang besar. Dah macam pendatang asing pun ada. Hehehee.. Kesian plak kat bakal2 cikgu nie. Tak pe, just anggap pengalaman ni sebagai survival skill jika kena posting di kawasam pedalaman nanti ek??
Comments
Post a Comment