Movie vs. Study

Pejam celik-pejam celik, tinggal dua minggu lagi before final exam. Macam tak caya plak, dah 1 tahun setengah aku ada kat sini. Hmmm, kalau lulus final exam ni, boleh la sambung kat peringkat degree pulak. Harap-harap la tak de paper yang fail. Amin!!

Time nak dekat ngan exam nie, macam-macam perkara pelik ada kat dalam kepala. Orang lain sibuk buat revision, aku pulak sibuk tengok drama korea. Bukan apa, saje je nak hilangkan stress. Lagipun, drama yang aku tengok ni, boleh menaikkan semangat aku untuk belajar. Huh? Ada ke drama macam tu? Drama apa ek?

Kalau nak tahu, drama tu bertajuk 'God of Study'.



Dengar title drama tu saja, dah kecut perut. Nampak sangat cerita pasal budak-budak nerd yang belajar bagai nak rak semata-mata nak masuk universiti. Oppss. Silap! Bukan budak nerd yup! Tapi, budak-budak yang dapat markah tercorot dalam kelas. Mereka ni nak ubah nasib diorang dengan belajar bersungguh-sungguh semata-mata nak lulus peperiksaan dan masuk universiti. Tinggi jugak angan-angan diorang nie. But, nothing is impossible right? Bak kata orang, Usaha tangga kejayaan. Betul tak?

Tapi, cerita ni memang bagus la. Orang-orang Korea ni, memang gila belajar. Tak kira siang atau malam, asyik duk study je. Even time malam pun diorang masih lagi ada kelas, siap pakai unifrom sekolah yang lengkap lagi. Memang aku tabik sprrrriiiinnnggg la ngan diaorang ni. Dengar soundtrack drama ni saja dah cukup menaikkan semangat aku untuk belajar. 'Dreams Come True" by 4-minute, memang best!



Harap-harap, lepas tengok drama ni, boleh la aku memotivasikan diri aku sendiri.

REMAINDER:- The exam is just around the corner

and


I don't want to regret it later. I want to achieve my dream!!

Aja-aja fighting!!

Comments