Pejam celik, pejam celik, hari ni dah pun 18 September. Itu bermakna, hari ni merupakan hari terakhir saya berada di Terengganu. Malam ni, saya akan menaiki bas ke IPG pada pukul 9 malam. Sedih memang la sedih, tapi nak buat macam mana. Memang dah adat belajar.
Sebelum balik ke Perlis, sempat lagi saya pujuk ayah pergi ke pantai. Bukan apa, saja je nak lepak2 kat pantai ngan keluarga sebelum balik. Nanti tak boleh la jumpa selalu, kalau balik pun, dalam 2 bulan lagi. Lambat lagi tu. Nak jadikan sebagai kenangan terindah sementara masih lagi
kat Terengganu.
"Welcome to Pantai Pandak Chendering!"
in
Alkisah bermula apabila 3 orang budak yang berangan nak jadi model, tapi hajat tak kesampaian. Masing-masing berkhayal jika dapat jadi model...
Si abang: Glamer r aku pakai spek hitam nie.. Kaloh artist.. Smart2...
Si adik: Prasang ngat ar.
Si Kakak: Aku ar paling femes sebab aku duk depan.
Si abang: Mung duduk depan sebab mung pendek.
Si abang tengah memikirkan masa hadapannya. Dalam hati, sebenarnya tengah sedih sebab kena balik Shah Alam hari ISnin ni. Wakaakaaaa...
Si adik dan di kakak pula bergembira dengan tarian poco-poco versi pantai. Gandingan duo bercermin mata..
Sebelum pulang, kami sempat merakamkan gambar kami bertiga.. Agaknya, bila pulak dapat bersama-sama macam ni?
Itu sahaja dari kami 3 beradik yang gila bergambar.. Jumpa lagi!!
Comments
Post a Comment