
Cikgu Na: Izati, tolong baca. Hok laing sile dengor molek-molek. Kekgi saye tanya.
Bila dengar je nama ambe kena panggil, tersentak bukan main lagi, sambil tepuk dahi. Aiseyy man, apsal la ambe yang kena. Kawan ambe yang duduk kat tepi, dah tersenyum-senyum kat ambe. Dalam hati rasa nak cekik je dia nie. Tak guna punya orang. Dengan langkah yang berat, ambe pun pergilah ke depan. Ambe pun start la baca pantun.
Dua tiga kucing berlari,
Manakan sama si kucing belang,
Dua tiga boleh kucari,
Manakan sama dikau seorang.
Cikgu Na: Okay, terima kasih. Awok buleh duduk.
(Mata Cikgu Na liar memandang Taufik yang sedang tidur dengan nyenyaknya.) Okay, Taufik!!! (meninggikan suara)Cuba bagi maksud pantun nie.
Bila terdengar je Cikgu Na panggil nama dia dalam keadaan separuh menjerit, terus je dia
bangun, sambil mengesat air liur basi yang me
leleh kat bibir. Dengan muka yang blur, dia pun berdirilah.
Taufik: Hok ane se doh Cikgu?
Cikgu Na: Bagi maksud pantun dua tiga kucing berlari.
Taufik: Ho. Hok nie rupenya. Saya rase la si suami nie ade niat nok bini 2 @ 3. Tapi, isteri yer tahu niat yer. Sebab tu la yer buat pantun nie, khos untuk isteri yer. Nok pujuk mula isteri. Tapi, last-last sekali, saye rasa si suami ni kawin jugok tanpa pengetahuan isteri yer.
Bila dengar je jawapan Taufik, kitaorang ketawa terbahak-bahak, dengan Cikgu Na sekali. Apa kaitannye dengan isu poligami dengan pantun nie? Memang Taufik dah tersasar jauh dari landasan. Nampak sangat Si Taufik dah tak sabar-sabar nak kahwin. Tapi, bila fikirkan balik, ada betulnya jugak. Tak gitu wahai kaum lelaki?

**********
Lepas tu, Cikgu Na pun bagilah homework kat kitaorang, reka 10 pantun dua kerat dan pagi besoknya, kene baca pantun tu depan kelas. Semua orang mengeluh, masing-masing berpendapat tugasan ni sangatlah susah nak buat. Tapi, Cikgu Na pandai jaga hati kitaorang. Dia isytiharkan sesiapa yang reka pantun paling kreatif, dapat la hadiah. Dengar je hadiah, terus tak jadi komplen. Pandai jugak Cikgu Na berpolitik ya?
Sampai je kat rumah, ambe terus mengadu kat seluruh keluarga, macam mana nak buat pantun dua kerat ni? Kalau la ambe lahir time zaman Hang Tuah dulu, boleh la bagi tugasan ni. Jangan kata pantun 2 kerat, pantun 8 kerat pun ambe boleh buat on the spot. Dah la kepala otak ni jenis yang tak kreatif mana. Kalau suruh buat 2, boleh la jugak, ni nak 10. Tak tidur malam la ambe kalau buat sorang-sorang.
Nasib baik la ambe dapat keluarga yang jenis memahami. Mula-mula, ambe mintak tolong ngan abang ambe, lepas tu kakak pulak. Alih-alih, mak ngan ayah ambe pun join sekali. Memang bertuah betul rasanya. 1st time tu satu family join buat kerja sekolah, memang pecah rekod la ambe malam tu. Masing-masing bagi idea. Akhirnya, jadilah pelbagai versi:-
Si ayah sebagai ketua keluarga dan yang tukang tanggung makan dan minum kitaorang:-
Basuh baju sampai kering,
Hujung bulan poket kering.
Merungut bila kitaorang mintak duit belanja lebih. Akhirnya buat peraturan baru. Sape rajin tolong mak kat dapur, dapat elaun lebih. Sayang punya pasal kat mak. Kesian buat kerja sorang-sorang. Memang pandai betul ayah trick kitaorang.
Satu, dua, tiga, empat,
Buat kerja, semuanya nak cepat.
Memang jenis yang tak suka bertangguh dan bila buat kerja, macam lipas kudung. Kalau buat lambat sikit, alamatnya, kene leter la. Pesan mak, “Masa itu Emas. Jangan bazirkan masa. Ingat!!”
Si Abang ala-ala pengawas yang berdedikasi dan tak makan rasuah:-
Kain pelekat berwarna biru,
Dalam ujian jangan meniru.
Siap bagi warning lagi kat adik-adik. Entah-entah dia kot yang meniru. Bukannye boleh percaya sangat.
Si Kakak yang suka mengumpul aksesori dari kepala sampai lah ke kaki:-
Mozart, classic dan juga chopin
Ada duit, terus nak shoppin’.
Memang jenis yang agak pemboros bila berbelanja. Mempunyai koleksi tudung dan sandal paling banyak dalam keluarga.
.jpg)
Last sekali, Si bongsu yang suka gelak:-
Atap zink, atap rumbia,
Bila ketawa, tak ingat dunia.
Orang kata hidup ni, kene la sentiasa gembira dan ceria. Bak kata omputeh Medicine Is The Best Laughter. Tak gitu? (Ceh, back up diri sendiri. Tak adil!!)
**********
Akhirnya, kerja sekolah dah siap. Yeay!! Bukan main suka lagi bila ada orang yang tolong. Keesokan harinya, dalam kelas BM, semangat nak tunjuk bukti kerja dah siap. Kalau kena panggil ke depan, baca pantun pun, tak kisah. Last-last, tak kena panggil pun. Cikgu Cuma kutip buku dan preksa. Itu je. Bila ditanya siapa yang dapat reka pantun terbaik, cikgu jawab:
“Tak dop sorang pung buleh. Awok banyok ciplak dari buku ngan internet. Tak kreatif la awok ni!”
Pulak dah. Kesian kat kami.
**********
Hari ni, ambe dapat mesej dari sepupu. Terkejut ambe bila baca mesej dia. Pandai jugak dia berpantun rupanya.

Memang dasyat betul. Macam tau-tau je time hujung minggu nie, ambe bangun lewat. Bila dah kena macam ni, tak nak la ambe. Nauzubillah.
p/s: Pesan orang tua-tua:- Anak dara tak elok bangun lambat. Kalau sape yang tahu, mesti tak laku. Satu lagi, kalau bangun lambat, rezeki susah nak masuk.
thanks ia sgt membantu
ReplyDelete