Wek...Wekkk.....Wekkk...
Kedengaran tangisan bayi lelaki yang baru dilahirkan. Tanggal 24 Ogos 1992, menjadi detik paling bermakna bagi si ibu dan si ayah, menyambut putera sulong yang telah lama dinanti-nantikan.Semua gembira menyambut ahli keluarga baru, terutamanya si ibu setelah terpaksa membawa kandungan hampir 9 bulan. Fuhh, lega!! Selesai satu azab.
“Kat mana aku nie? Kenapa makhluk ni pegang pipi aku? Aduh!! Sakit la. Jangan cubit pipi aku!! Tidak!!”, jerit si bayi, tapi apakan daya, dia masih lagi tidak pandai berkata-kata. Yang hanya mampu dilakukan hanyalah menangis.
Masa berlalu, Si bayi sudah mula menyembut perkataan pertama, “Umi”. Bila si ibu mendengarnya, bukan main gembira lagi di hati, terus beritahu pada si suami. Sedikit demi sedikit, semakin banyak perkataan baru yang dipelajari. Tapi, bayi ni terasa bosan yang teramat sangat bila terpaksa tidur dalam buaian sahaja, sedangkan dia melihat orang lain boleh bergerak dengan bebasnya.
Sedikit demi sedikit, bayi itu belajar merangkak dan menjadi tersangatlah hiperaktif. Semua benda yang dijumpa di atas lantai, pasti dikutipnya. Rasa ingin tahu makin menebal dalam diri si bayi tadi.
“Apa ni?”, soal si bayi sambil melihatkan sesuatu yang aneh pada permukaan lantai. Dipegangnya benda yang berwarna hijau dan berbentuk empat segi, lalu memasukkan ke dalam mulutnya yang kecil. Semakin lama, bayi tersebut semakin sukar untuk bernafas.
“Mummy, help me!! I cannot breathe!! I’m going to die!!”, jerit bayi tadi sambil menangis. Mendengar sahaja jeritan si bayi, si ibu lantas mendapatkannya. Tergambar jelas kerisauan di wajah si ibu melihat anaknya yang tercekik, lalu menepuk belakang si bayi tadi. Dengan linangan air mata, mengharapkan tiada perkara buruk yang terjadi. Alhamdulillah, doa si ibu dimakbulkan. Bayi tadi selamat memuntahkan semula benda yang berwarna hijau. Si ibu dengan pantasnya membuang benda tersebut, bimbang pisang berbuah dua kali.
Tidak berapa lama kemudian, si anak mula belajar berjalan. Dengan dorongan dari si ibu dan si bapa, si anak berjaya melangkah untuk pertama kalinya walaupun terjatuh untuk beberapa kalinya. Tateh.. tateh..
**********
Si anak sedang mengalami proses tumbesaran. Pelbagai pengalaman baru yang si anak belajar. Begitu luasnya dunia si anak belum terokai. Bila sudah mecapai umur 7 tahun, si anak mula dihantar ke sekolah rendah. Berpakaian segak dengan uniform putih, kasut putih, seluar biru gelap, beg galas baru sambil menggantung botol air di leher. Wahh!! Hensemnye aku!!!
Kali pertama masuk kelas, si anak menangis bila si ibu dan si bapa terpaksa tinggalkannya. si anak merasa sedih takut mereka tidak akan menjemputnya ketika pulang dari sekolah. si anak tidak dapat memberikan sepenuh perhatian terhadap pelajaran. Dalam fikiran hanyalah untuk pulang ke rumah.
Setelah beberapa lama kemudian dan meningkat remaja, si anak mulai selesa dengan suasana di sekolah. Si anak mulai mendapat perhatian dari kawan-kawan dan guru disebabkan prestasi yang membanggakan di sekolah. Si ibu dan si bapa merasa sangat gembira sambil menitiskan air mata.
"Syukur, alhamdulillah!!"
Si ibu dan si bapa tidak putus-putus berdoa semoga kejayaan yang dikecapi akan berkekalan. Allah itu Maha Penyayang. Doa si ibu diperkenankan. Setelah berjaya dalam SPM, si anak berjaya ditempatkan di IPG dan impian si ibu untuk melihat anaknya bergelar guru, semakin menjadi kenyataan. Si anak sekarang sedang berjuang dalam hidupnya demi memastikan impian ibu bapanya tercapai..
**********
*Kisah ini didedikasikan khas for my cousin, Zafik. Just to wish Happy Birthday to you yang ke 18. Moga-moga ingatlah pengorbanan ibu bapa yang melahirkan dan membesarkan anda.
anda mungkin juga meminati:
http://izatizain.blogspot.com/2010/08/chef-tunggang-langgang.html
http://izatizain.blogspot.com/2010/08/hahahahaha.html
Comments
Post a Comment