Di saat pintu yang makin tertutup
Masih ada ruang untuk diriku
Di saat aku cuba melangkah ke dalam
Masih ada orang yang menghulurkan tangannya
Di saat aku menyambut tangannya
Ya Allah, betapa syukurnya aku
Betapa gembiranya aku
Tatkala dapat memasukinya bersama-sama dengan yang lain
Aku menangis mengenangkan langkah hidupku
Yang penuh dengan halangan
Di saat aku berputus asa
Ada orang yang menaikkan semangatku
Di saat aku berduka
Ada orang yang menceriakanku
Betapa besarnya pertolongan dia
Kerana dia, aku telah berada di sini
dan kerana dia jugalah
Aku menjalani hidup yang terbaik
Syukur kepadaMu
Kerana telah mengurniakan dia kepadaku
Comments
Post a Comment