Semalam, aku bermimpi dia menangis
Aku melihat dia menitiskan air mata
Bagi aku, air matanya sangat berharga
Hatiku menjadi sayu
tatkala melihat mukanya yang sugul itu.
Dia cuba menyembunyikan kesedihannya,
namun dari riak wajahnya,
aku tahu
Dia sangat terluka
Namun, apa yang aku lakukan?
aku hanya memerhatinya dari jauh
Aku memberikannya peluang untuk melepaskan segala kesedihan
segala kekecewaan
Dengan harapan, dia akan melupakan kesedihan tersebut
dan kembali senyum kepadaku
Aku hanya mahu melihat dia tersenyum
Kerana senyumannya begitu manis
Begitu menambat hati
dan aku merasa tenang
dan gembira
Janganlah kau bersedih
Kerana aku sentiasa ada disampingmu
Comments
Post a Comment