Lu pikir la sendiri

Tak caye pulak bile weekend nie aku gunakan waktu dengan sebaik-baiknya. Biasanya, time nie la aku asyik menghadap latop sambil layan movie atas katil. Maybe, kesedaran tu dah ada kot. Yelah, ade 2 minggu lagi sebelum aku exam. Final exam pulak tu! Dah la cover semua topik dari sem 1 sampailah sem 3. Course lain rilek je sebab diorang just study ntuk sem 3. Adui.. Banyak nie. So, weekend nie la, aku ngan geng-geng yang insaf sebab nak exam, buat laa study group. Kitaorang discuss la pasal topik-topik yang bakal ditanya dalam exam. Tapi, dalam discussion tu, ada jugak la yang terpesong; dalam erti kata lain menggosip (eleh.... sama la tu ngan mengumpat!!) heheee... Bukannya apa, nak jugak tahu pasal perkembangan semasa di IPG nie. Tak la bosan sangat. Tu je la hiburan kami.

Kitaorang stay up sampai lewat malam semata-mata ntuk exam ni je. Aku plak tido kat bilik kawan aku sebab kitaorang study kat sana. Siap bawak selimut ngan stok makanan lagi. Terpaksalah aku berpisah ngan roommate aku ntuk satu malam. Hehehe... Jangan marah ek?Aku ni, memang cepat lapar pun kalau study. Ntah la, maybe sebab aku suka makan kot dan lagi satu, kalau aku makan banyak-banyak pun, still kurus jugak. Orang lain sibuk nak kuruskan badan, aku pulak sibuk untuk gemukkan badan. Tak ke pelik tu?

Kalau tak kerana exam, tak kuasa aku nak bersenggang mata, tahan dari mengantuk dan tidur lewat malam. Apa nak buat.. Biar aku 'bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian'. Hmm.. Bagus jugak. Tak de la berserabut sangat kepala otak nie bile nak kene study banyak topik.

So, kepada kawan2 yang masih lagi lena dibuai mimpi tu, sedar-sedar la woi!! Dah tak lama dah nak exam. Buat la remainder ntuk diri sendiri, jangan asyik hanyut je. Ingat la tanggungjawab kita dan tujuan kita datang ke IPG nie.

So,
Lu pikir la sendiri!!

Comments