Masing-masing kepenatan dalam kelas Sir Ideris. Tengok muke sorang2, monyok je. Mata poun layu. Bile bersandar kat kerusi, dah macam tak de tulang belakang. Tup2, ade yang siap tidur lagi. Hisyh3x!!! Mata nie, sekejap2, tengok jam. Kot2 la terlajak dari 4.15 ptng. Dalam hati, bila la nak habis nie??
4.15. Tit tit tit.. Secara automatiknye, yang tertidur, sume dah bangun. Yang mata layu, dah segar balik. Masing2 tunjuk muka gembira. Dalam hati, melompat girang! Yeay!!! Kelas dah tamat!!! Macam la budak sekolah.
Keluar je dewan, dah mula sosehsoseh.. Bercakap bukan main lagi, riuh semaktab ngan bebudak nie. Masing2 dah buat plan ke destinasi seterusnya. Apa lagi kalau bukan ke Bazaar Ramadhan kat stadium tu. Kalau sehari tak pergi, tak sah. Macam la tak boleh hidup kalau tak de bazar tu.
Kol 4.55 ptng, turunlah kami bertiga, terkedek-kedek, berjalan lenggang lenggok macam perempuan Melayu terakhir ke kafe- tunggu bas. Bila bas dah sampai, mulalah serbu macam jualan mega. Berasak-asak nak naik bas, bajet lah bas tu kecik. Takut tak muat dan tak mahu kene tinggal, sampai ade yang terpijak kaki orang lain. Cuba la beratur baik2, kan lebih elok.. Takkan bergeraknye bas tu sehingga lah driver tu tekan pedal minyak. Hishy!! Buruk betul perangai.
Dalam bas, mulalah tertanya2, nak makan apa ek time berbuke nanti?? Kepala dah tak boleh fikir dah sebab terlampau banyak membayangkan jenis2 makanan. LEpas tu, sibuk la pergi tanya kawan yang duduk kat sebelah, mintak pandangan: "Cube bagi cadangan apa yang aku patut makan time berbuke nanti ek?" Ya Allah!! Tolonglah!! Nak makan poun mintak pandangan kawan? Hello?? Yang nak makan tu, awak, bukannye kawan awak! Ape susah, beli je la apa yang patut. Tak payah nak membazir. Tak elok!!
Kat Bazaar, semua makanan nampak sedap. Nafsu dah tak boley nak control. Mentang2 la pose.
Apa yang dirancang, sume dah tak ikut. Mula2 plan nak beli nasi ayam je. Tup2 lain pulak yang dibelinye. Ikan keli bakar, tomyam, kerabu perut, keropok lekor, nasi ayam berempah, nasi lemak, nasi putih, air kelapa, popia ........ Fuhhhh.. Banyak nye!!
**********
"Nie nak buat jamuan ke?" : "Haah.. Untuk 4 orang makan."
"Boley muat ke sume makanan tu dengan perut yang kecik tu?" : "Tentulah!"
"Tak membazir ke nanti?" : "Tak la. Kami berempat. Confirm boley habis la!!" (dengan confidentye)
**********
Time berbuke, lahap bukan main lagi. Macam tak makan berbulan-bulan lamanye. Sambil2 makan, dihiburkan pula dengan nostalgia2 lama time sekolah. Lepas tu gelak beramai-ramai. Memang kecoh. Nasib baik tak tersembur makanan yang dimakan. Kalau tak, memang cari nahas la jawabnye dengan orang yang duduk menghadap. Makanan yang banyak tadi, dah semakin berkurang. Fuyoooo.. Banyaknye korang makan. Macam tak caye plak. Last2, masing2 tersandar kat tepi katil, kekeyangan, dah macam ular sawa plak. Mulut masih lagi kecoh, bercerita, macam bertih jagung poun ada. Pot pet pot pet.... Riuh rendah suasana dalam bilik dengan gelak ketawa. Memang happening.
Bila masing2 dah balik bilik, tinggallah kami berdua. Suasana yang gamat, dah beransur sepi. Siang dah beransur menjadi malam. Walaupun kekeyangan, ku gagahi jua untuk solat terawih. Selepas solat terawih, semua anggota badan dan jadi lemah. Mata semakin berat dan lampu poun dipadamkan dan itu bermakna..................

ZzzzzZZzzzzzzzZZZzzzzzzzzz...
Tido time!!! Heheheheee...
Good night!!!
Comments
Post a Comment